- Semua murid sekolah bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing.
- Murid-murid tidak dibenarkan bermain, berkejar-kejaran atau melakukan aktiviti yang membahayakan semasa berada dalam kelas.
- Murid-murid tidak dibenarkan berada dalam kelas pada waktu rehat atau selepas sesi persekolahan kecuali mendapatkan kebenaran darapada guru.
- Pada waktu pembelajaran, sekiranya murid ingin keluar dari bilik darjah, murid dikehendaki meminta kebenaran guru serta memakai pas kebenaran keluar kelas.
- Ibu bapa atau penjaga yang ingin berjumpa dengan murid mesti mendapat kebenaran pihak pentadbir sekolah terlebih dahulu.
- Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan membawa murid keluar sekolah tanpa kebenaran pihak pentadbir sekolah dalam sesi persekolahan.
- Selepas tamat sesi persekolahan, padamkan lampu dan kipas. Jangan bermain suis dalam kelas.
Keselamatan: Segera laporkan sebarang kejadian yang mencurigakan atau sebarang kerosakan dalam kelas kepada guru atau penolong kanan. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang berlaku sekiranya murid-murid keluar dari kelas atau kawasan sekolah dalam sesi persekolahan / kelas tambahan / aktiviti kokurikulum tanpa kebenaran guru.
- Keselamatan mesti diutamakan semasa menjalankan aktiviti dalam bilik khas.
- Sebelum menjalankan sebarang aktiviti mestilah dapatkan kebenaran guru terlebih dahulu.
- Ambil alatan yang dibenarkan sahaja untuk melakukan kerja.
- Ikut arahan guru dengan teliti sebelum melakukan kerja.
- Sekiranya didapati peralatan yang rosak, segera lapor kepada guru.
- Jangan acukan peralatan yang berbahaya kepada kawan.
- Dilarang berlari, berkejar-kejaran dalam bilik khas.
- Simpan peralatan yang telah digunakan di tempat asalnya.
- Sisa bahan mesti dibuang ke tempat yang disediakan.
- 10.Murid-murid tidak dibenarkan memasuki bilik khas tanpa pengawasan atau kebenaran guru.
Keselamatan: Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, segera laporkannya kepada guru.
- Pusat sumber tempat khas untuk murid membaca, menulis dan membuat rujukan sahaja.
- Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan pusat sumber pada masa-masa yang ditetapkan.
- Murid-murid juga mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh guru pusat sumber.
- Murid-murid tidak dibenarkan berada di pusat sumber tanpa pengawasan atau kebenaran guru.
- Hanya pustakawan yang bertugas dibenarkan berada di pusat sumber.
Keselamatan : Pustakawan bertugas bertanggungjawab memantau murid-murid menggunakan pusat sumber. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, segera laporkannya kepada guru.
- Murid-murid hendaklah menggunakan tandas murid, tidak dibenarkan menggunakan tandas guru.
- Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tandas.
- Jangan membuang sampah, kertas atau benda yang lain ke dalam lubang tandas atau sinki.
- Jangan menconteng dinding-dinding dalam tandas.
- Paip air hendaklah ditutup dengan rapat selepas menggunakannya.
- Sebarang kerosakan alatan dalam tandas hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas / Penolong Kanan.
Keselamatan : Murid dibenarkan ke tandas dengan diiringi seorang murid lain.
- Murid-murid hanya dibenarkan makan dalam kantin.
- Murid-murid mesti beratur semasa membeli makanan.
- Murid-murid mesti menjaga kebersihan kantin. Jangan membuang sebarang sisa makanan, pembalut makanan atau kertas di atas meja.
- Murid-murid mesti mengemas tempat makan sendiri dan meletakkan pinggan mangkuk ke dalam bekas yang disediakan.
- Murid-murid tidak dibenarkan berlari atau berebut-rebut di kantin.
- Murid-murid tidak dibenarkan membeli makan atau minuman sewaktu pembelajaran.
- Murid-murid hendaklah makan dengan sopan supaya tidak tersedak.
Keselamatan : Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, segera laporkannya kepada guru.
- Sentiasa mengutamakan keselamatan.
- Dilarang berada di padang tanpa pengawasan guru.
- Sentiasa mematuhi arahan guru semasa menjalankan aktiviti.
- Pastikan semua alatan selamat digunakan.
- Memakai pakaian yang sesuai.
- Simpan peralatan di bilik sukan bawah pengawasan guru.
- Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke bilik sukan tanpa pengawasan guru.
- Murid-murid dikehendaki menukar pakaian selepas aktiviti Pendidikan Jasmani.
Keselamatan : Pastikan segala kemudahan di padang / gelanggang digunakan dengan kebenaran pihak sekolah atau di bawah pengawasan guru. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap penggunaan kemudahan yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
- Pastikan bas sudah berhenti, barulah turun atau naik bas.
- Berbaris. Dilarang berebut-rebut atau tolak-menolak.
- Jangan berdiri di tangga bas.
- Berdisiplin semasa berada di dalam bas.
- Konduktor atau pemandu bas perlu membawa murid melintas jalan jika perlu.
Keselamatan : Konduktor atau pemandu bas bertanggungjawab atas keselamatan murid-murid dalam bas.
- Murid-murid mesti berhati-hati semasa melintas jalan.
- Murid-murid mesti berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali.
- Semasa menunggu di pintu sekolah, murid-murid dikehendaki mengikut arahan Pengawal Keselamatan sekolah.
Perhatian:
- Ibu bapa mesti mengawasi anak sendiri dalam perjalanan pergi / balik sekolah. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan berlaku dalam perjalanan.
- Murid-murid mesti balik ke rumah selepas sesi persekolahan / kelas tambahan / aktiviti kokurikulum.
- Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan berlaku selepas sesi persekolahan / kelas tambahan / aktiviti kokurikulum.